Sunday, September 6, 2015

Usrah atau sekadar mahu berselfie??



Bismillah...

alhamdulillah , fz ada peluang untuk menaip malam ni.
tajuk malam ni ialah , " Usrah? atau sekadar mahu berselfie? "

okey semua. Sebelum tu, tarik nafas panjang2 dulu dan mohon berlapang dada sebelum mula baca post fz yer?

apa itu Usrah?
 
" ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan agama Islam seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk.[1]Perkataan usrah berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud "keluarga". Walaupun begitu, medium usrah tidak terhad kepada perbincangan sahaja. Terdapat medium yang lain seperti ziarah, aktiviti luar, masjid dan rumah.[2] Usrah adalah tapak asas kepada pembentukan tarbiyah individu muslim. " - Uncle Wikipedia

Akan tetapi , Usrah ni turut dikenali sebagai perjumpaan untuk perbincangan sesuatu tajuk yang diketuai oleh seorang naqib/naqibah. Yang penting , yang membawa usrah itu mempunyai ilmu pengetahuan yang dalam dan mempunyai pegangan agama yang betul. Jangan sampai terjoin usrah wahabi oi ! Naya je nanti.. Allahurobbi , moga dijauhkan..

Ada seorang adik ni mengadu kat fz ,
" .... memang sedih laa kak, saya dari Johor kut. Nak datang ke sana saya gerak pagi. Berdua dengan sahabat saya yang baru nak berhijrah. Kami sarapan dari rumah pagi tu kenyang2 sebab perjalanan jauh. S/U usrah tu ckap usrah bermula pukul 2 hingga 5 petang. Kami sampai dalam pukul 12 tengahari. Letih. Lapar. Kami berjalan kaki je menuju ke destinasi sebab tak jauh dh. Lebih kurang 5km je. Sy ringkaskan cerita lah , mula2 sesi taaruf.. okeyy. Pastu sesi usrah pun bermula. Yang buat saya sedih, naqibah lebih banyak melalut dan gelak2 daripada sharing ilmu. Apabila kami bertanyakan soalan, banyak yang naqibah tak dapat jawab. Tambah pula , usrah tu tak sampai pun 2 jam. Hmm.. dah laa banyak melalut, lepastu sekejap. Ahli2 pun ada yang berborak2 dan tidak denar pun naqibah cakap ape.. tak ikut masa pun. Start lambat pulaa tu. Bila masuk waktu Asar, Naqibah tidak pun mengingatkan atau mengajak kami semua  solat berjemaah terlebih duhulu. Mereka berkumpul dan berbual. BerSELFIE sehingga melewat2kan solat. Saya sedih sangat kak. Inikah yg dinamakan usrah? Sy dtg dari jauh... tak sangka perancangan seperti ini. Poster gempak,. Indah kabar dari rumah. Sy pulang dengan hampa kak.. saya sedih sgt2......... "

dan ade laaa lagi dia cerita. Tapi fz malas nak siarkan takut berbunyi macam aib2kan.
Ok . Bila fz dengar semua tu, agak kecewa jugaa lah dengan pengurusan mereka. Kesian dengan orang yang datang jejauh sebab nak belajar, nak nasihat , nak kata2 semangat dan sbgainya. Tapi apa yang mereka dapat hanyalah kerepek. Semoga adik2 tabah.

Usrah yang sebenar bukan seperti itu dik.
Usrah ni mampu membina semangat kita untuk terus istiqomah dalam penghijrahan kita dengan kata2 semangat dan ilmu yang kita perolehi dari ahli group usrah. Jangan harapkan join usrah sahaja untuk mendapatkan ilmu dan perbaiki diri , u need to attend majlis ilmu yang lain. Pergi majlis taalim ke, kalau surau2 ada buat majlis ilmu, datang lah.

Usrah, selfie?? Macam dah menjadi kebiasaan pula gejala ni. Nak selfie, tengok tempat dan waktulah. Korban masa usrah semata2 nak berselfie itu salah. Kemudian, upload di laman sosial buat caption gah. Hakikatnya? ermmm....

Moga kita semua dijauhkan berkelakuan seperti ini. Apabila tubuhkan group usrah, laksanakan tanggungjawab betul2. Hidupkan aktiviti usrah dengan perkata yang berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada ahli usrah. Sebelum memulakan usrah , dscuss dulu topik apa yang nak diperbincangan. Jangan rojak. Kecuali sesi A&Q.

Tak berani nak cakap lebih.
Diri ni pun , jarang sekali join usrah diluar. Belum ada rezeki untuk istiqomah join usrah luar.
Mungkin ada hikmahnya. Jom, perbaiki cara kita. Moga Allah redho dan pandang dengan usaha kita yang kecil ni... Allahumma Amin

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers